Saturday, January 19, 2008

Garuda Tidak Bisa Terbang Bebas Lagi.

Selain daripada kesilapan memalukan pada slogan serta ketandusan laman web yang berkualiti bagi mempromosikan Tahun Kunjungan Wisata Indonesia (VIY 2008), VIY 2008 ini juga menghadapi cabaran getir dalam mencapai target kecil 7 juta turis mancanegara.

Ini kerana, semua pesawat penerbangan Indonesia masih lagi diharamkan terbang ke Eropah termasuklah pesawat kebangsaan negara itu, Garuda.

Klik gambar headlines berikut untuk berita penuh.

Gambar di sebelah menunjukkan air route terkini penerbangan Garuda (Klik untuk besarkan). Jika dulu, burung garuda mitos bebas terbang ke sana sini, Garuda moden hanya boleh mendarat tidak sampai 30 destinasi antarabangsa.

Pengharaman oleh Kesatuan Eropah (EU) ini disebabkan oleh banyaknya kecelakaan yang menimpa pesawat dari negara Indonesia yang meragut nyawa. Lihat gambar-gambar berikut.

EU menyifatkan penerbangan Indonesia tidak selamat digunakan. Dengan itu, penduduk2 di benua itu juga dinasihatkan agar tidak menggunakan pesawat penerbangan Indonesia di rantau Asia.Yang menjadikan keadaan lebih parah ialah apabila pelancong dari Eropah tidak lagi dilindungi insurans apabila menggunakan penerbangan Indonesia.

Walaupun turis Eropah masih boleh menggunakan penerbangan lain untuk ke Jakarta atau pulau Bali, bagaimanakah kalau mereka mahu ke Padang, Medan, Makassar, Sulawesi, Lombok, Jayapura, mahupun ke Pontianak? Destinasi tersebut sudah pasti mencatatkan kemerosotan daripada jumlah kemasukan pelancong.

Keratan akhbar online berikut membuktikan bahawa pengharaman ini menjejaskan sektor pelancongan negara itu.

Isu-isu di atas inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh negara itu tahun lepas sebelum sambutan VIY 2008. Ini tidak, mereka lebih tertarik dengan isu perebutan lagu Rasa Sayang, Reog Ponorogo, rendang, tempeh dan kunyit. Hasilnya, turis Eropah nggak bisa nongkrong Reog di Ponorogo kerana takut naik Garuda, mas!

No comments: